Friday 7 April 2017

Transform like an Eagle

Bismillah

Perubahan.
Semua orang ingin berubah,  berubah menjadi lebih baik,  tapi apakah tindakan kita untuk berubah.

Aku salah seorang yang inginkan perubahan. Tapi ada hamba Allah berkata,  kita sebenarnya perlu transform. Ibaratnya cerita helang.

Helang antara burung yang panjang umurnya.  Lebih kurang sehingga 70 tahun.  Tetapi,  diusia 40 tahun,  helang perlu buat keputusan yang perit dalam hidupnya.  Mati atau teruskan hidup.

Kenapa?  Masa tu,  paruhnya telah panjang,  kukunya telah tumpul,  dan bulunya sangat banyak dan berat.  Ini bukan helang si pemburu.
Oleh itu,  ia akan terbang di atas puncak gunung.  Ia akan mematuk-matuk batu sehingga paruhnya patah.  Sudah itu, tumbuhlah paruh yang baru.
Dengan paruh baru yang tajam,  helang mencabut kukunya yang tumpul,  lalu menanti kuku baru yang lagi tajam.  Ketajaman kuku itu digunakan pula untuk menarik bulu yang sarat di sayapnya. Akhirnya,  setelah 3 purnama,  the new helang mula terbang di ruang angkasa. Sang helang yang tangkas meneruskan pemburuannya.

Begitulah dengan diri kita,  ada saatnya ujian atau cabaran tu terlalu berat untuk kita. Tunduk,  lesu,  tidak mampu berkata. Hanya helaan nafas kedengaran. Tetapi,  inilah masa kita harus memilih. Terus terkulai layu atau bangkit selayaknya pahlawan.

Ayuh kawan,  kita adalah pejuang.  Bukan takdir kita untuk kalah. Bangkit,  bangkitlah dengan megah,  dongak kepala,  pandang ke depan.  Ayuh,  mulakan langkah pertamamu. Percayalah,  setiap langkahmu tidak akan sama lagi kerana kini kamu adalah dirimu yang baru.

Take your first step

No comments:

Post a Comment