Monday 24 April 2017

April oh April

Bismillah

April 2017, Ya Allah,  rutin yang padat sebulan. Bayangkan hanya seminggu saja dalam bulan ni aku di office. Minggu pertama, operasi. Kedua, kursus. Ketiga, kat office. Keempat, operasi.
betapa ku mengiginkan berada di spa saat saat gini

Tapi sebenarnya ada orang lain yang lagi sibuk. Paling best bila sibuk sebab bekerja sendiri, bisnes sendiri. Penat yang berbaloi. Tapi kan, apa yang kita sibukkan sebenarnya ni?

Apa yang kita kejar sebenarnya?
Apa hal yang menyibukkan kita sangat tu?

Wahai diriku, muhasabahlah. Apa hasil ko dapat dari kesibukan mu tu.
Renunglah dalam-dalam

Friday 7 April 2017

Transform like an Eagle

Bismillah

Perubahan.
Semua orang ingin berubah,  berubah menjadi lebih baik,  tapi apakah tindakan kita untuk berubah.

Aku salah seorang yang inginkan perubahan. Tapi ada hamba Allah berkata,  kita sebenarnya perlu transform. Ibaratnya cerita helang.

Helang antara burung yang panjang umurnya.  Lebih kurang sehingga 70 tahun.  Tetapi,  diusia 40 tahun,  helang perlu buat keputusan yang perit dalam hidupnya.  Mati atau teruskan hidup.

Kenapa?  Masa tu,  paruhnya telah panjang,  kukunya telah tumpul,  dan bulunya sangat banyak dan berat.  Ini bukan helang si pemburu.
Oleh itu,  ia akan terbang di atas puncak gunung.  Ia akan mematuk-matuk batu sehingga paruhnya patah.  Sudah itu, tumbuhlah paruh yang baru.
Dengan paruh baru yang tajam,  helang mencabut kukunya yang tumpul,  lalu menanti kuku baru yang lagi tajam.  Ketajaman kuku itu digunakan pula untuk menarik bulu yang sarat di sayapnya. Akhirnya,  setelah 3 purnama,  the new helang mula terbang di ruang angkasa. Sang helang yang tangkas meneruskan pemburuannya.

Begitulah dengan diri kita,  ada saatnya ujian atau cabaran tu terlalu berat untuk kita. Tunduk,  lesu,  tidak mampu berkata. Hanya helaan nafas kedengaran. Tetapi,  inilah masa kita harus memilih. Terus terkulai layu atau bangkit selayaknya pahlawan.

Ayuh kawan,  kita adalah pejuang.  Bukan takdir kita untuk kalah. Bangkit,  bangkitlah dengan megah,  dongak kepala,  pandang ke depan.  Ayuh,  mulakan langkah pertamamu. Percayalah,  setiap langkahmu tidak akan sama lagi kerana kini kamu adalah dirimu yang baru.

Take your first step

Sunday 26 March 2017

Outstation

Bismillah

Minggu ni jadual untuk outstation sangat padat.  Bila dapat baring,  barulah lurus urat saraf ni.  Membayangkan diri berada di spa.  Tapi sauna paling best jugalah.  Bagi peluh-peluh badan,  rasa ringan.  Syoknya

Positifnya,  bila outstation ni,  ko boleh pilih hotel mana nak stay.  Best apa, boleh review hotel mana paling best.

Pointnya,  apa pun pekerjaan kita buat,  stress ka,  penat ka,  jika nawaitu kita betul,  in shaa Allah dipermudahkan.

Saturday 18 March 2017

TIPS PENYUSUAN


Bismillah

Bila berjaya menyusukan anak-anak sampai 2 tahun ni, selalu kawan-kawan tanya apa rahsia.
Takda rahsialah, cuma rajinkan diri tambah ilmu pasal penyusuan ni. 
So, ni kira tips la yang saya amalkan yer

1) Apa makanan untuk banyakkan susu?
- Tak tahu lah. Makan je apa nak makan. Janji sedap, khasiat. Perut kenyang, senang hati. Dah senang hati, kompom la susu mommies pun meriahkan.

2) Berapa kali nak bagi susu?
- Yang ni suka hati berapa kali nak bagi. Sumbat je selagi si manja nak.

3) Saya kerjalah, tak dapat bagi direct feeding?
- Camtu kena rajinlah pam susu buat stok. Melainkan ofis dengan rumah uolls sebelah je, dengar anak nangis, balik jalan kaki je.

4) Susahlah kalo kena outstation macamana?
- Bab ni ada 2 pilihan samada buat stok banyak2 pastu tinggalkan si manja dengan orang yang dipercayai atau mommies bole angkut sekali si manja dan penjaganya. Hah, kalo saya tentunya pilihan kedua.

5) Saya mengandung, bolekah teruskan penyusuan?
- Tu kena rujuk doktor la sebab tahap kesihatan masing2 tak sama. Tapi saya dulu teruskan saja. Alhamdulillah, takda masalah

6) Anak dah 2 tahun, macamana nak 'wean off'?
- Hah, yang ni K-Mom pun nak tau caranya. Anak dah masuk 4 tahun ni. Asalnya nak cukup 2 tahun je, ni dah terlajak sampai tadika ni.

So, kalo ada mommies yang tak dapat jayakan penyusuan si manja anda sampai 2 tahun, usah susah hati. Anda masih ibu yang hebat. Yang penting, untuk si manja yang seterusnya, bekalkan diri dengan ilmu penyusuan. Banyak pakar laktasi diluar sana. Join mana2 group penyusuan atau bole follow Pn. Noorfazilah Abd Rahman. Banyak info yang dikongsi, rajinkan diri je. Apa yang aaya nak pesan, sememangnya tidak mudah menjayakan misi penyusuan ni tetapi tidak mustahil. Kuatkan mental, luruskan niat In Shaa Allah dipermudahkan.
Gudluck mommies & bakal mommies
Aja aja fighting

STRESS AWAY



Pap pap, "Mama, buka pintu"
Iza masuk sambil tangannya memegang buku. Terpapar gambar makhluk ciptaan Tuhan.
"Hurm, mau main teka nama lah ni, " desis hatiku.
"Ok iza, ini apa? " Kura-kura jawabnya. 
"Kura-kura tinggal di mana? "
"Air JUS"
Tetiba terasa tapak kaki ku digeletek tanpa henti. Sungguh tak ku tahan

TIPS BERKOMUNIKASI DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK



Masa scroll Fb, ternampak lah satu post ni. Memang sangat berguna untuk mak bapa ni. Jom baca

FB-Ustaz Iqbal Zain

*1.*Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.* Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
*Jika mereka melakukan kesilapan, gantikan jeritan makian kepada perkataan -perkataan yang berbentuk doa* seperti "bertuah punya anak!",atau"anak soleh ni" atau "Ya Allah budak ni, dah besar jadi ulama besar!" atau " dah besar jadi hafiz Quran budak ni" dan sebagainya.
Dikisahkan oleh Imam Sudais yang merupakan *Imam Masjidil Haram ketika ini menceritakan bahwa ketika beliau masih kecil merupakan seorang anak yang nakal* dan terejah, *ibunya selalu berkata "hei imam masjidil Haram, jangan nakal!"*. Dan kini beliau telah benar-benar menjadi yang sedemikian.

*2.* *Berikan anak anda pelukan setiap hari* (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk). Rasulullah saw sentiasa memeluk kanak-kanak.
*3.* *Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang* (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

*4.* *Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan* (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

*5.* *Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan*, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

*6.* *Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga* (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa pula terus berlalu dan tak akan kembali).

*7.* *Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh.* Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

*8.* *Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.* Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

*9.* *Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.* Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

*10.* *Sediakanlah hadiah yang unik walaupun harganya murah untuk kejayaan dan pencapaian mereka.* Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

*11.* *Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.* Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

*12.* *Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,* peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

*13.* *Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.* Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

*14.* *Hargailah permainan kesayangan anak anda.* Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

*15*. *Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.* Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

*16.* *Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.* Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

*17.* *Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka* tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

*18.* *Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak* didunia dan akhirat kerana doa ibubapa adalah sangat MUSTAJAB
.
*19.* *Jauh disudut hati ibubapa hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap anaknya* bahawa dia akan menjadi seorang yang soleh walau keadaannya sekarang tidak menunjukkan ke arah itu.

Semoga Bermanfaat

DOBI


Aktiviti mendobi bersama pembantu khas.  Ni la bila asyik outstation dan cucian bertimbun.  Mujur ada dobi



Proses dobi ni, cuci 25 minit, keringkan pun sama tapi kita bole tambah lagi masa tu. RM 1 untuk 10 minit gitu. Tapi kan, kalo baju tu ada kesan degil, better rendam sedia kat umah baru cuci. Tak hilangnya, memang kena sental jugaklah.

Ada lagi trick kalo nak pi dobi layan diri ni, seeloknya jangan pi malam pasal banyak orang. Ikut pengalaman aku, pi waktu awal pagi atau petang. Kena lagi musim hujan, alamat lama menunggu turn ya.

Oklah, sekian dulu. Mendobi dah selesai, melipat tak siap lagi. hehe

Organik ke?


Bismillah

Kalian pernah tak terfikir tentang produk-produk yang kita bubuh dikulit ni, macamana kesannya? ada effect ka jangka masa panjang

Entah sejak bila aku mempunyai kesedaran pasal benda ni. Nak guna yang natural, yang organik.

Ianya bermula dengan skincare. Asal ada je skincare claimed organik,  mula la ku membeli.  Tapi faham je la dah namanya organik,  kesan pun semulajadilah.  Takdanya 3 hari nampak kesan.  Huhu

Untuk anak-anak pun sama,  sejak baby lagi memang bagi mandian yang in shaa Allah selamat, tiada paraben, tiada sls. Sekarang mudah da nak dapat produk organik untuk baby ni. Saya menggunakan produk Tropika dan balm Tasneem Naturel.

Tapi pernah orang tanya,  produk organik ni mahal harganya.  Tak payahlah,  sama jak tu fungsinya.  Sebenarnya tu terpulanglah dengan pendapat masing-masing.

Saya memilih untuk produk yang organik dan selamat. Anda bagaimana?


Permintaan seorang anak


Dalam keheningan malam

Iris: Mama, kenapa mama kerja?

Mama: Mama mau kumpul duit untuk impian mama

Iris: Ayahkan kerja, biarlah ayah jak kerja. Mama dirumah jaga Iris dengan Iza

Mama: (Sebak)

Anakku, memang impian mama untuk besarkan kamu sendiri tanpa jagaan dari orang lain. Mama sedang berusaha ke arah itu anakku. Permudahkanlah Ya Allah, semoga hasrat murni anakku dan impianku ini tercapai. Aamiinn

Friday 17 March 2017

STRESS AWAY


Bismillah

Kejadian di kala malam anak takmo tidur

(Matikan lampu)

Iris: Mama, mati karan ka?

Mama : Ya

Iris: Kenapa kipas hidup?

Mama: krik..krik..

RESEPI: CARROT CHICKEN POPCORN


Bismillahirrahmannirrahim

Sejak Iris masuk sekolah ni, setiap hari akan fikir bekal apa nak masak esok. Memang tak bagi langsung Iris makan junk food ni masa kat sekolah. So, pi la cik google cari-cari resepi yang budak-budak suka ni. Tadaa...tertarik nak cuba resepi ni, Carrot chicken popcorn.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 Keping isi ayam
  • 1 batang carrot
  • daun bawang
  • Sesudu serbuk ikan bilis( ganti garam)
CARA_CARANYA:
  1. Kisar semua bahan di atas ( jika hasil lembik, tambahkan serbuk roti)
  2. Goreng dengan minyak panas


Mudahkan, memang express. budak tadika pun boleh buat. hahahaha Silalah cuba

Saturday 11 March 2017

Ep5: Diariku

05.03.2017

Hujung minggu ku langgan Astro best tengok movie Doctor Stranger.

Pandanganku,  movie ni menjelaskan yang alam ini dipenuhi pelbagai unsur dan energy. Umpamanya bila kita gerakkan tangan kita diruang yang kosong,  sebenarnya ruang itu tidak kosong.

Konsep itu mengigatkan aku masa hadir class Law of Attraction oleh Dr.  Ahmad Yusri atau sapa yang ikut imkk,  panggil Dr.  Harry Potter.
Ibaratnya,  energy sentiasa berlegar di setiap ruang dan lingkup badan kita. Energy yang ada di alam maya ini akan menghasilkan getaran. Umpama boomerang,  kita dapat balik apa yang kita hantar.

Pasal tu la kekadang mak-mak ni bila tengok anak main lari-lari, "Eh,  jangan lari,  nanti jatuh"
Tup tup anak tu betul-betul dah jatuh.

Aku ni pun bukan pakar nak sentuh bab ni kan,  korang bole follow fb: Ahmad Yusri.
Selalu bila doc ada buat class,  dia post kat fb.
Betul la dalam agama kita pun cakap,  Apa yang kita cakap,  fikir dan rasa semuanya adalah doa.

So,  kita sama-samalah jaga percakapan dan fikiran ini supaya menarik benda yang baik-baik saja.

Millionaire Marketing Mastery(MMM)

Bismillah

Sesi pembelajaranku yang kedua pada 2016 ku teruskan dengan ikut kursus MMM 3 hari 2 malam Di Karambunai Resort, Kota Kinabalu.

Apa yang ku pelajari dalam kursus ni adalah:


  1. Bagaimana memulakan sesuatu perniagaan yang sesuai dengan diri
  2. Strategi-strategy dalam marketing
  3. Bagaimana kuasai pasaran dengan teknik yang diajar
  4. Boleh belajar dari real-case, means kebanyakan yang hadir tu dah ada perniagaan sendiri. So, bila dorang ajukan masalah business mereka, Dr akan jawab terus. Bolehlah take note penyelesaian tu.
Sebenarnya bila kita hadir kursus macam ni, ia mengelakkan kita dari langgar tembok.Program ni dah ada shortcut tentang apa yang perlu dibuat dalam bisness tapi perlu melalui kegagalan yang berulang.
Semuanya mudah bila kita belajar kan.

Ep4: Diaryku

04.03.2017

Yeah, hari cuti tapi aktiviti dirumah je. Semua orang dalam rumah tak sihat sangat.
Plannya, petang nak jongging tapi entah kenapa kawasan luar rumah dipenuhi serangga penyengat.
Aduhai, berkurung dalam bilik je la sementara En. Husband usahakan halau penyengat tu.

Tips yang En. Husband buat untuk halau penyengat:

  1. Ambil tin kosong, bakar kertas dan kulit telur. Asap tu halakan ke tempat yang banyak penyengat tu.
  2. Spray serangga tu guna Ridsect atau Shieldtox.


Dalam sejam gitu, barulah serangga tu hilang. Fuh, nasib baik tak kena sengat.


Belajar dan terus upgrade


Bismillah

"Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China" ni la pepatah yang selalu kita dengar.

Bagi aku, pembelajaran adalah satu proses yang berterusan. 2017 adalah tahun mengambil tindakan perubahan dalam hidupku. Aku mula bersedia dari tahun 2016. Macam kelakar pulak tapi tu la realitinya.

Tahun 2016, aku join IMKK pertama di Sabah. Macam bulan jatuh ke riba. Semangat memang berkobar-kobar nak join. Selama ni follow Dr. Azizan kat FB je.

IMKK bukan sekadar jerit-jerit, bara-bara tetapi lebih dari itu. Program ni membantu diri kita melihat potensi diri kita yang sebenar. Ianya tentang bagaimana dengan membersihkan kolam jiwa kita, dan melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Suasana dan aura tu memang sangat berbeza. Ko dapat rasanya sekeliling ko penuh dengan perkara yang positif.

Pokoknya, kena hadir dululah baru tau camna feelnya. Ada banyak lagi la tips yang Dr. share dan memang sangat berguna. Bak kata Dr. Azizan, buat je, jangan percaya.

Kursus seterusnya yang ku hadiri adalah MMM. Tapi next posting baru aku citer ya.
Salam sayang untuk pembaca semua.

Ep3: Happy Birthday Izz Zayani

Bismillah

03.03.2017

Hari ni genaplah umur Izza 2 tahun. Sambutan secara sederhana saja dengan kek brownies favourite anak-anak.

Mama doakan semoga Izza membesar menjadi anak yang solehah dan diberkati selalu. Walaupun demam, tetap semngat nak tiup lilin.

Love u Izza, cikedondong mama

Terjebaknya aku ke dunia penyusuan Part 2

Bismillah

Kita sambung lagi ya.

Genap 2 bulan kelahiran Iris, aku pun mula kerja. Since aku kerja kat daerah lain, kenalah cari penjaga untuk anakku. Nasib baik ada makcikku sanggup nak tolong. Husband pulak kerja kat daerah lain, 8 jam perjalanan. Memang PJJ la.

Seminggu sebelum start kerja, aku mula ajar baby minum susu ibu kat dalam botol. memang fail habis. Risau sangat macamana bila dah start kerja ni. Yelah, sebelum ada anak dulu, aku ni jenis kuat bekerja sikit.

Hari pertama, sebelum pergi kerja, bagi baby menyusu. Susu perahan memang dah ready la, dah ajar pun makcik cara nak urus susu perahan tu. Jam 10, aku terima panggilan baby nangis reject susu botol. Apa lagi, kelam kabut ku balik rumah. Jam 1 pun sama, balik rumah lagi. Jam 4, deringan telefon ku bergema lagi. Begitulah rutin harianku. Baby reject botol.Nasib baiklah, rumah dengan ofis aku 3 minit je berjalan kaki, so memang takda masalah sangat lah.

Dah bermacam jenis botol aku beli, susu tepung pun sampai 4 jenis ku beli. Nak ajar baby suka minum dari botol tapi semua baby reject. Memang nak direct feeding.Semua petua aku google, cara nak ajar baby minum dari botol tapi takda yang sangkut.

Sejak itu, rutinku pun berubah. ulangalik ofis dan rumah. Setiap kali outstation, aku kena bawa makcik dan anakku. Memang mencabar. Betul-betul mencabar. Serius mencabar. Mental, emosi, fizikal, kewangan kena kuat. Kenapa kewangan, sebabnya setiap kali outstation, aku kena belikan tiket flight untuk baby dan penjaganya.

Aku pun turut berubah jugak, kali ini belajar cara dan teknik penyusuan yang betul. Aku masuk group ibu-ibu menyusu ni.Aku follow pakar laktasi di FB Pn. Norfazilah Abd Rahman dan Pn. Norashida Abd Rahman. Ambil ilmu bebanyak dan masa tu, mindset aku adalah meneruskan penyusuan baby aku sehingga 2 tahun.

Alhamdulillah, memang rezeki anak la dapat menyusu. Sekarang, Iris dah berumur 4 tahun. Ya, masih menyusu tapi 2 kali je masa baru bangun dan sebelum tidur. Sekarang ni aku cari petua supaya dia stop menyusu pulak, hahha. Setakat ni, belum ada jugak petua yang sangkut. So, tunggu je la dia rela hati berhenti sendiri. Senang cerita.

Semoga semua ibu-ibu dapat menyusukan anak-anak mereka sehingga 2 tahun. Aamiinn

Ep2: Diariku


02.03.2017

Tugasanku hari ni banyak siapkan dokumentasi untuk Audit next week. Time ni baru nak lengkapkan semua. Tu la kalau asyik 'last minit' memanjang.

Malam pulak En. Husband tetiba demam. Merajinkan diri ke dapur masak bubur. Bila tengok semua makan sampai pinggan licin, senang hati mak.

Esok pula birthday Iza. Yeahh, dah 2 tahun Izza. Syukur sebab Izza pun dapat rezeki menyusu sampai 2 tahun. Alhamdulillah.

Kek dah tempah, makanan...esok jelah fikir nak masak ke beli. Yelah, kali ni takda buat majlis pun. Nak raikan di kampung pun, mak gi bercuti. Apapun, Mama sayang Izza.

Ep1:Cerita Iris

Bismillahhirrahmannirrahim


Malam tengok movie Chinese dengan Iris, tapi takda subtitle pulak. Ni dialog dengan Iris:


Mama   : Apalah movie ni cakap, mama tak fahamlah

Iris        : Tu kan cakap Cina, memanglah mama tak faham

Mama   : Eh, tu bukan korea ka? ( Saja menduga Iris)

Iris        : Bukan, Korea cakap macam biasa. Yang ini cencong..cencong (ajuk dialek cina)              
               Tengok..tulisannya pun lain

(Dalam hati) Pandai pulak budak ni bezakan bahasa cina dan korea.

Terjebaknya aku ke dunia penyusuan Part 1


Bismillah

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman menyusukan anak-anak saya sehingga 2 tahun. Sebenarnya, puteriku dah 4 tahun pun masih menyusu lagi. Alhamdulillah, Allah memberi kurniaan kepada saya dan rezeki anak-anak untuk menyusu badan ni.

Alkisahnya, saya memang tidak tahu langsung tentang bab penyusuan ni. Masa mengandungkan anak yang first dulu, saya dah siap belikan botol susu dan susu tepung lagi. Tak terlintas pun difikiran yang baby tu perlu diberi susu badan. Sebabnya sekeliling saya memberikan anak mereka susu tepung.

Detik 14 Nov 2012 jam 9.40 pagi, lahirlah puteri saya seberat 3.4kg, Iris namanya. Lepas tali pusat dipotong, nurse terus serahkan baby kepada saya untuk disusukan. Confirmlah tak tau kan, so nurse tu ajarlah. Cumanya masa tu baby tidur dah. Dah tu, pindahlah wad lain pulak. Jeng..jeng..jeng..masa ni memang tak senang duduk. Pasal pa? pasal nak keluar wad hari yang sama jgak.

Ekor mataku menjeling nurse yang lalu dari tadi. Selang berapa jam akan tanya samada baby dah berak dan kencing. Babyku belum kencing lagi ni. "Nurse, macamana mau bagi baby kencing cepat ni?" Kasi rajin susu balasnya. Apa lagi, ku angkat baby yang sedap tido tu bagi menyusu. Memang paksa lah. Lebih kurang jam 4 camtu, akhirnya baby kencing dan dapatlah keluar hospital hari yang sama. Tak sanggup nak tunggu lama-lama kat hospital.

Masa kat rumah, memang bagi susu badan lah sebab nurse dah pesan. Tapi bila baby nangis, ada yang cakap sebab tak kenyang, lagipun takda air susu pun kuar. Aku bagi je susu badan ada air ke takda. Pastu husband pun buatkan lah susu tepung yang aku dah beli tu. So, kalo baby nangis, bagi susu tepung la jawabnya. Memang takda ilmu sangat bab ni.

Selang 3 hari, masa susukan baby, tetiba baby senyum. Pastu kak ipar tegur baju basah. Rupa-rupanya baru keluar air susu tu. Syukur sangat. Terus yakin nak teruskan penyusuan.

Hari seterusnya kena bawa baby ke klinik kesihatan untuk cek kuning.  Bacaan 290, klinik kesihatan trus bawa naik ambulans ke hospital.  Since ni memang first time bagi aku,  habis berjujuran air mata.  Masa tu memang berat dugaan ku rasakan.  Sampai kat hospital,  baby kena cucuk lagi ambil darah,  nangis kesakitan sampai takda suara,  ya Allah,  memang tak sanggup tengok baby dibuat camtu.

Malam tu jugak kena warded.  Masa ku kat bahagian baby kuning memang aku sorang ja,  so lagi haru la. Tak putus-putus airmata keluar.  Hampir semua benda aku nak sedihkan. Doktor datang cek dan pesan bagi susu ja.

Dipendekkan cerita,  esoknya ada orang lain ditempatkan kat bahagian aku. So, ibu tu memang bagi anak dia susu badan cumanya ada satu masa tu dia pump susu letak dalam botol.  Ternampaklah oleh nurse yang lalu,  apalagi dirampasnya.  Tak lama pastu,  ada ketua nurse datang dan siap bagi warning kat ibu ibu ni jangan bagi anak susu dalam botol.  Fuh, memang kena jaga habis la.

Baby dan aku kena warded dalam 3 hari camtu. Memang takda tidur sangat la duk dalam tu.  Memang matlamat menyusu baby je supaya kuning turun dan boleh balik rumah. Bezanya balik rumah kali ni aku memang tak bagi susu tepung da,  fully breastfeed dah baby aku.  Tapi dapat balik rumah pun tapi kena bawa baby cek kuning setiap 3 hari. Lebih sebulan, babyku disahkan prolonged jaundis. Kali ni jumpa doktor paed pulak setiap minggu. Sehinggalah baby dekat 2 bulan baru bebas dari jaundice. Alhamdulillah.

Berhenti dekat sini dulu,  nanti sambung balik part 2 pulak. Hehe
   

Friday 10 March 2017

Salam perkenalan

Bismillahirrahmannirrahim

Dengan izin-NYA, aku telah mengambil langkah pertama untuk menulis. Suatu minat yang telah lama ku tinggalkan. Bezanya kali ni aku berguru untuk menulis. Kenapa? Sebab aku niatkan untuk menulis sesuatu yang bermanfaat dan dapat berkongsi dengan pembaca pengalaman sepanjang aku dimuka bumi ini.

Insan yang menulis ni diberi nama Haslina. Lahir dan dibesarkan di Lahad Datu, Sabah. Bumi yang kaya dengan hasil alamnya. Telah berkahwin dan merupakan mama kepada 2 puteri comel.

Pendidikan:


  • Sekolah Rendah Lahad Datu 2
  • SMK (A) Tun Sakaran, Semporna
  • Kolej PTPL, Kota Kinabalu, Sabah - Diploma Business
  • Management and Science University (MSU), Shah Alam -Degree in International Business (Majoring Finance and Banking)
Pengalaman bekerja sebagai eksekutif di Sabah Elecricity Sdn. Bhd dari 2010 - sekarang

Pengalaman bisnes ni baru berjinak-jinak dengan menjadi agent Mary Jardin dan Tasneem Naturel pada Jan 2017.

Minat membaca buku terutama yang berkaitan dengan Parenting, Motivasi, dan kekadang layan novel jugak. Paling suka hadir program-program motivasi atau kursus yang berkaitan pembangunan diri.

Nak hubungi saya, bole emel: pn.haslinaly@gmail.com

Matlamat saya untuk menghasilkan penulisan yang memberi impak dan bermanfaat. Semoga saya istiqamah dalam dunia penulisan ini. Aamiin