Saturday 11 March 2017

Terjebaknya aku ke dunia penyusuan Part 2

Bismillah

Kita sambung lagi ya.

Genap 2 bulan kelahiran Iris, aku pun mula kerja. Since aku kerja kat daerah lain, kenalah cari penjaga untuk anakku. Nasib baik ada makcikku sanggup nak tolong. Husband pulak kerja kat daerah lain, 8 jam perjalanan. Memang PJJ la.

Seminggu sebelum start kerja, aku mula ajar baby minum susu ibu kat dalam botol. memang fail habis. Risau sangat macamana bila dah start kerja ni. Yelah, sebelum ada anak dulu, aku ni jenis kuat bekerja sikit.

Hari pertama, sebelum pergi kerja, bagi baby menyusu. Susu perahan memang dah ready la, dah ajar pun makcik cara nak urus susu perahan tu. Jam 10, aku terima panggilan baby nangis reject susu botol. Apa lagi, kelam kabut ku balik rumah. Jam 1 pun sama, balik rumah lagi. Jam 4, deringan telefon ku bergema lagi. Begitulah rutin harianku. Baby reject botol.Nasib baiklah, rumah dengan ofis aku 3 minit je berjalan kaki, so memang takda masalah sangat lah.

Dah bermacam jenis botol aku beli, susu tepung pun sampai 4 jenis ku beli. Nak ajar baby suka minum dari botol tapi semua baby reject. Memang nak direct feeding.Semua petua aku google, cara nak ajar baby minum dari botol tapi takda yang sangkut.

Sejak itu, rutinku pun berubah. ulangalik ofis dan rumah. Setiap kali outstation, aku kena bawa makcik dan anakku. Memang mencabar. Betul-betul mencabar. Serius mencabar. Mental, emosi, fizikal, kewangan kena kuat. Kenapa kewangan, sebabnya setiap kali outstation, aku kena belikan tiket flight untuk baby dan penjaganya.

Aku pun turut berubah jugak, kali ini belajar cara dan teknik penyusuan yang betul. Aku masuk group ibu-ibu menyusu ni.Aku follow pakar laktasi di FB Pn. Norfazilah Abd Rahman dan Pn. Norashida Abd Rahman. Ambil ilmu bebanyak dan masa tu, mindset aku adalah meneruskan penyusuan baby aku sehingga 2 tahun.

Alhamdulillah, memang rezeki anak la dapat menyusu. Sekarang, Iris dah berumur 4 tahun. Ya, masih menyusu tapi 2 kali je masa baru bangun dan sebelum tidur. Sekarang ni aku cari petua supaya dia stop menyusu pulak, hahha. Setakat ni, belum ada jugak petua yang sangkut. So, tunggu je la dia rela hati berhenti sendiri. Senang cerita.

Semoga semua ibu-ibu dapat menyusukan anak-anak mereka sehingga 2 tahun. Aamiinn

No comments:

Post a Comment