Saturday 18 March 2017

TIPS BERKOMUNIKASI DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK



Masa scroll Fb, ternampak lah satu post ni. Memang sangat berguna untuk mak bapa ni. Jom baca

FB-Ustaz Iqbal Zain

*1.*Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.* Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
*Jika mereka melakukan kesilapan, gantikan jeritan makian kepada perkataan -perkataan yang berbentuk doa* seperti "bertuah punya anak!",atau"anak soleh ni" atau "Ya Allah budak ni, dah besar jadi ulama besar!" atau " dah besar jadi hafiz Quran budak ni" dan sebagainya.
Dikisahkan oleh Imam Sudais yang merupakan *Imam Masjidil Haram ketika ini menceritakan bahwa ketika beliau masih kecil merupakan seorang anak yang nakal* dan terejah, *ibunya selalu berkata "hei imam masjidil Haram, jangan nakal!"*. Dan kini beliau telah benar-benar menjadi yang sedemikian.

*2.* *Berikan anak anda pelukan setiap hari* (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk). Rasulullah saw sentiasa memeluk kanak-kanak.
*3.* *Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang* (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

*4.* *Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan* (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

*5.* *Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan*, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

*6.* *Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga* (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa pula terus berlalu dan tak akan kembali).

*7.* *Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh.* Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

*8.* *Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.* Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

*9.* *Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.* Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

*10.* *Sediakanlah hadiah yang unik walaupun harganya murah untuk kejayaan dan pencapaian mereka.* Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

*11.* *Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.* Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

*12.* *Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,* peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

*13.* *Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.* Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

*14.* *Hargailah permainan kesayangan anak anda.* Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

*15*. *Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.* Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

*16.* *Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.* Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

*17.* *Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka* tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

*18.* *Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak* didunia dan akhirat kerana doa ibubapa adalah sangat MUSTAJAB
.
*19.* *Jauh disudut hati ibubapa hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap anaknya* bahawa dia akan menjadi seorang yang soleh walau keadaannya sekarang tidak menunjukkan ke arah itu.

Semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment